• If your have CLUB EVENTS/RIDE & would like to announce it here,
    Message traxxas-modifier about it :-)

PERHATIAN KEPADA ' GUEST VIEWERS'

hyry

New Member
salam perkenalan semua,
saya budak baru belaja (lau umur tu x lah budak sangat :)),
tp lau pasal LC ni kira budak lg.. tau pkai je..he3..
 

Pandir135

Super Veteran
Assalammualaikum warga LCians,

Uncle ingin mengigatkan diri uncle dan smua warga LCians sklian, terutama kpda yang baru join Blog
YamahaT135 ini. Kita disini skadar menumpang dalam blog ini, dan hendaklah kita ingat,kita terpaksalah
mengawal had ruang yg diberi khas utk kita.

Kepada mereka yg baru, sebelum membuka thread2 yang baru, tolonglah diminta kerjasama utk membaca dulu
thread2 yang ada. Jangan membuka thread hanya untuk bertanya pekara yang sudah terlebih dahulu dibuka threadnya
dgn pertanyaan yang sama. Masalahnya bukan kami tak mahu melayan, tetapi kesian kpda Moderator kita, yg terpaksa
mengurus had ruang yg di beri oleh tuan tanah blog ini.

Kalau nak tau mcam mane nak buat moto kita laju, imbas saja title2 thread yg sedia ade baca dan masuk saje utk buat
ape2 pertanyaan didalamnya. Maaflah jika ada yang sudah sedia maklum tentang pekara ini, tapi ini sekadar ingat meingati saja.
Rajin2 lah membaca dan apa2 pun kita kena senantiasa bersabar. Kepada mereka yang baru join, uncle ucapkan selamat berforum,
in sya Allah, kami otai2 sedia membantu selagi termampu. Ada juga yg newbie dalam blog ini, tapi dah otai diluar sana...kih...kih..kih..

Sekali lagi dan akhir sekali, kepada newbie kalau anda mendapat jawapan " Rajin2lah membaca" jangan kecil hati, bukan kami tak mau
tolong atau layan, tapi hanya mengalihkan anda ke thread2 yg sedia ada utk anda smua membaca dan klo x paham message direct kpda
otai2 yg boleh membantu......

Terima kasih kepada moderator kita PHL, kerana selama ini telah menguruskan ruang ini,tanpa ade ape2 keuntungan,hanya Allah saje yang dapat membalas budi baik beliau......"Sebagai Insan biasa, kita tidak 100% sempurna, selagi kita hidup,selagi itulah kita kena belajar dan mengajar sesama kita, utk kita menjadi sempurna......In sya Allah...

Wasallam.
 

Pandir135

Super Veteran
Walaikum salam,

Mane smua org nih, knape xde siape yg menjawab salam bro aboy?
Selamat berkenalan bro aboy,selamat berforum.
 

Azrul

New Member
salam.. er, tak pasti nak post kat mane sbb baru lagi. cari thread kenalan takde plk. saya pengguna lc5s v2. area johor. baru menceburi dunia 4 stroke ni. sblum ni layan rg ngan 125z. silap dan salah tolong tunjukkan. terima kasih.
 

X2power

New Member
Assalamualaikum kpada smua viewers blog YamahaT135
selaku riders2 yg dihormati,

Terlebih dulu uncle memohon maaf jika apa ya akan uncle paparkan ini sedikit sebanyak akan menyinggung atau terusik hati,tapi uncle harap kita terima dengan hati yg terbuka dan berfikiran positif.

Uncle tahu dan member2 blog ini tahu ade ramai guest viewers diluar sana yg sedang mengikuti thread2 didalam blog ini. Uncle harap kalau boleh,sudikanlah diri utk register dan jadi member,supaya kita dapat berkongsi bersama2 ilmu2 yang kita ade,khususnya didalam bidang pemotoran. Jangan malu2, kerana di sini kta x pernah memperkecil-kecilkan kemampuan masing2 malah kita mengalu-alukan apa saja persoalan atau pengetahuan yang boleh kita menafaati bersama.

Uncle tahu, ade banyak blog2 yg lebih hebat dari blog ini, tapi hanya di blog ini saja yang sudi melayan persoalan2 yg remeh2,terutama dari mereka2 yg bergelar 'newbies'. Member2 didalam blog ini juga smuanya x kedekut ilmu. Kadang kala, uncle fikir, x adil lah jugak, jika kita hanya memerhati dan cedok saja apa yg ade,tanpa kita sama2 menyumbang....betol tak?

Dari itu,skali lagi uncle seru kepada smua diluar sana,join lah kami,dan berkongsilah bersama kami. Kalau dibandingkan dgn thread2 dri negara lain di dalam blog ini,hanya kita dan negara filipina saja yg aktif,dari itu mari kita tunjuk kan kepada mereka,yang kita pun ade ramai rider2 yg hebat,berhemah dan tinggi ilmu.

Untuk member2 yg sedia ade,teruskan menyumbangkan ilmu2 yg bro2 ade dengan ikhlas,jangan lah kita berkira sangat,lagi banyak ilmu yg kita kongsi,lagi banyaklah pahalanya, x payah lah kita nak sorok2, be transparent, dengan ini, insyallah makin bertambahlah ahli2 baru kita nanti.

Kepada Mod, uncle mohon maaf jika apa yg uncle paparkan ini bercanggah dengan protocol blog ini....uncle hanya fikir yg terbaik utk semua.......
Ride safe.


Wassalam.
Pandir135.

Salam bole dapat no contact uncle?
 

Hafiz3237

New Member
Hi assalamualaikum sy muhd hafiz dari cheras pemilik yamaha lc 4s baru 2 bulan pakai. Harap boleh beri tunjuk ajar sebab kurang mahir bab motor ni .
 

rusyaidi

New Member
Salam semua. Baca dah 2 3 kali. Akhirnya berjaya register. Salam pengenalan buat rakan2 yang masih di sini.
 

Lukman7390

New Member
Assalamualaikum dan salam kenal pada otai2 di forum ni. Terima kasih kerana memberi ruang pada kami yg newbie untuk berkongsi maklumat yg berguna. Saya dah lama follow forum ni tapi cuma cedok2 ilmu bernas dari otai2 semua. Cuma kurang arif ttg peraturan pertanyaan soalan. Adakah kita boleh menyelit mana2 thread untuk bertanya atau perlu buka thread baru?
 

man_sate

Super Veteran
Waalaikumusalam...selamat datang...bole menyelit je kalau soalan nak tanya tu berkenaan dengan thread tu...try search thread yg berkenaan dengan soalan tu...kalau takde baru bukak lain...
 
Top